TIDUR

Pengenalan



  • Tidur adalah proses fisiologi yang normal, bersifat aktif, teratur dan berulang.
  • Tidur diperlukan bagi otak memfasilitasi proses fisiologinya.
  • Aktiviti ini mencas semula tenaga dan melakukan restorasi termoregulasi.
  • Pada masa tidur, tubuh berada pada titik basal yang ditandakan dengan frekuensi pernafasan yang menurun. Frekuensi denyutan nadi dan tekanan darah berada di nilai terendah.
  • Tidur adalah suatu fenomena kehidupan yang berlangsung dalam kitaran sirkadian yang mempengaruhi kitaran endokrin dan pola sikap secara langsung atau tidak langsung.
  • Apabila kurang tidur, otak berubah secara tidak terkawal yang menjadi pangkal kegagalan konsentrasi.
Sunat Tidur Siang Sejenak
  • Ketika menjelang waktu zohor, Rasulullah selalu tidur siang 'sejenak'.
  • Tidur yang memberi kepuasan dan ketenangan pada tubuh yang sudah penat lelah serta memberi kesegaran kembali kepada tubuh bagi terus bergerak cergas.
  • Tidur singkat yang dimaksudkan Rasulullah adalah sebagai simpanan.
  • "Lakukanlah sahur supaya dapat berpuasa dan tidur siang sejenak supaya dapat solat malam."
  • Selepas 7 jam bekerja, tubuh kita sudah berada pada paras konsentrasi dan aktiviti yang terendah.
  • Apabila individu mengabaikan tidur pada ketika itu, banyak terjadi penurunan kemampuan pada sistem otot dan sarafnya pada sepanjang hari.


Masa Tidur yang Dilarang
  • Masa tidur yang dilarang ialah
  1. pada pagi sesudah solat subuh 
  2. di petang hari sesudah solat asar 
  3. selepas makan

  • Rasullulah pernah berkata,

    "Janganlah kalian tidur selepas makan kerana ini menyebabkan hati menjadi keras."
  • Dari segi perubatan, tidur selepas makan pada siang hari tidak berapa elok kerana pengeluaran enzim-enzim pencernaan berkurangan.
  • Tidur selepas makan malam membawa kepada kegemukan atau obesiti kerana makanan decernakan terlalu baik pula.
  • Jadual solat zohor, asar, maghrib dan isyak menghalang daripada kemungkinan terjadinya perkara ini.

Posisi Tidur Rasulullah yang Sihat
  • Posisi tidur berbaring berlaku dalam pelbagai model seperti terlentang, terlangkup, mengiring ke kiri, mengiring ke kanan, setengah duduk atau posisi duduk.





  • Tidur ke arah kanan adalah posisi yang terbaik di mana paru-paru kiri yang lebih kecil daripada sebelah kanan memberi tekanan yang sangat kecil daripada jantung.


             
  • Hati juga tidak membebani perut sehinggakan perut menjadi lebih mudah dan cepat dikosongkan.
  • Ada lagi yang menambah anjuran posisi tidur mengiring ke kanan ini supaya kepala kita menghadap utara dan kaki menghadap ke selatan.
  • Tubuh tidak menolak arus medan magnet konstan yang mengalir sekujur tubuh daripada kutub magnetik utara menuju ke selatan yang turut mempengaruhi keadaan tubuh kita seperti posisi menghadap kiblat.
  • Rasulullah tidur dengan mengiringkan tubuhnya ke arah kanan, sambil berzikir kepada Allah sampai matanya terasa berat.
  • Kadang-kadang beliau mengiringkan badannya ke sebelah kiri sebentar, kemudian kembali ke sebelah kanan.
  • Apabila mahu tidur, beliau meletakkan tangannya di bawah pipinya, kemudian berdoa, "Ya Allah, dengan namaMu, aku mati dan hidup."
  • Ketika bangun, beliau berdoa pula, "Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadanya kami kembali."
  • Apabila beliau bangun daripada tidur, beliau mengucapkan tahmid, takbir, tahlil dan memanjatkan doa kepada Allah.



Rahsia Malam Sebagai Waktu Istirahat
  • Quran ada menyatakan,

    "Dialah yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki."
                                                                                            Surah al-Furqan, ayat 47
                                                         
  • Ayat ini menegaskan manusia tidak dijadikan sebagai makhluk yang nokturnal.
  • Dalam ilmu fisiologi, di sepanjang malam tubuh kita melalui proses detoksifikasi atau penghancuran racun.

  1. 9pm - 11pm : kelenjar limpa
  2. 11pm - 1am : hati
  3. 1am - 3am   : hempedu
  4. 3am - 5am   : paru-paru
    (orang kerap berbatuk pada masa ini kerana banyak racun yang dibuang paru-paru)
  5. 5am - 7am   : usus (masa yang terbaik membuang air besar)

                      






    Untuk maklumat yang selanjutnya, kawan-kawan boleh menonton video ini untul lebih memahami tentang cara tidur Rasulullah S.A.W~~~
 





POWER POINT

No comments:

Post a Comment