PEMAKANAN SIHAT


PENGENALAN

 

  • Diet Rasulullah S.A.W boleh dijadikan panduan. Baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia.
  • Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan agar dapat sepenuh keberkatan dan manfaat daripadanya.
  • Rasulullah SAW mengelakkan minuman susu bersama makanan berprotein, melarang memakan campuran pelbagai jenis daging dan lebih banyak mengambil bijirin, sayuran dan buah-buahan.
  • Corak pemakanan sebegini adalah sihat dan berkhasiat seperti juga yang disarankan oleh pakar nutrisi pada hari ini.
 
TATACARA
 PEMAKANAN SIHAT RASULULLAH S.AW

  1.        Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
                   

  2.        Rasulullah S.A.W melarang meminum susu bersama cuka.

         




  3.        Elakkan meminum susu bersama makan buah.



  4.        Rasulullah S.A.W tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.


  5.        Rasulullah S.A.W memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.



  6.        Nabi Muhamad S.A.W biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oatMenurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:Al-Habbah Al-Sawdamempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.

                          
  7.        Baginda S.A.W juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.


      

  8.         Buah tamar sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad S.A.W, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.

  9.         Nabi S.A.W juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkataRasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.”

  10.        Di samping itu, Rasulullah S.A.W juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).

  11.        Nabi S.A.W juga menggalakkan penggambilan madu.


  12.        Nabi S.A.W sentiasa mengamalkan banyak meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan  dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut.


  13.        Nabi Muhamad S.A.W melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah S.A.W:
    نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع
    “Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.” 
    Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.




  14.        Nabi Muhammad SallallahuAlaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

  15.        Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.

  16.       Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garpu ataupun chopstick.
    Dari Jabir
    r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabdaJangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” 


  17.        Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.

  18.        Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.



  19.        Rasulullah S.A.W melarang meninggalkan makan malam.



  20.        Elakkan kekenyangan sebelum tidur kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitanSuatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblisYa ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.


  21.        Berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.



  22.         Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.




Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah S.A.W seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu.






POWER POINT


No comments:

Post a Comment