- Kaitan rapat antara puasa dengan iman yang sebenar kepada Allah ~ Hubungan hati secara langsung antara hamba dan Tuhannya
- Mendidik hamba sentiasa mengintai kehidupan akhirat ~ Meninggalkan perkara duniawi yang sentiasa dilakukan dalam kehidupan seharian- sanggup meninggalkan makan, minum dan segala kelazatan di siang Ramadhan
- Penyerahan sepenuhnya kepada Allah ~ Melatih kepatuhan hamba yang sepenuhnya
- Institusi pendidikan umat ~ Kebersamaan antara anggota masyarakat
PENENTUAN RAMADHAN
- Ditentukan samada dengan genapnya bulan Sya’ban 30 hari atau dengan kelihatannya anakbulan Ramadhan.
NIAT
- Wajib bagi setiap muslim berniat untuk berpuasa pada malamnya.
- Puasa itu berkat kerana ia mengikut sunnah, memberi kekuatan untuk berpuasa dandengan bersahur ia membezakan dengan puasa ahli kitab.
IFTAR
- Sewaktu berbuka adalah waktu dimana doa tidak akan ditolak.
KELEBIHAN BERPUASA
- Organ-organ penghadaman~ Sistem saluran penghadaman sebenarnya tidak pernah berhenti bekerja
~ Puasa memberikan masa rehat fisiologi menyeluruh kepada system penghadaman dan pencernaan, system saraf pusat dan menormalisasikan metabolism tubuh.~ Regenerasi pada peringkat selular itu adalah proses rutin yang bertujuan menggantikan sel-sel yang sudah lama ataupun rosak kerana faktor-faktor seperti usia, penyakit,trauma kimia ataupun mekanikal, aktiviti yang berlebihan dan sebagainya.~ 17 juta sel lahir setiap hari bagi menggantikan sel-sel yang sudah using/mati = sama dengan 30 gram protein sehari. - Tahap metabolisme
~ Pada awal puasa berlaku penurunan metabolisme sebanyak 22 peratus.
~ Memberikan kesempatan sistem dan saluran penghadaman dam pencernaan istirahat.
~ Kadar gula darah turun lebih rendah daripada biasa pada saat-saat menjelang waktu Maghrib. Berpuasa juga selamat bagi penghidap penyakit Diabetes Melitus Type II yang terkawal.
~ Kadar asid perut meningkat pada saat menjelang waktu Maghrib pada hari-hari pertama puasa. Situasi ini sebenarnya bermanfaat juga kepada perut kerana kenaikan paras asid ini menyingkirkan kuman yang terdapat di dalam perut.
~ Apabila manusia tidak makan selama lebih kurang 12 jam, proses metabolisme glukosa sebagai bahan bakar pilihan terhenti. Tubuh manusia kemudian berusaha mencari sumber tenaga yang lain dengan melakukan glikolisis deposit lemak di dalam tubuh serta dekomposisi glikogen yang tersimpan di dalam hati, menjadi tenaga dan kalori yang diperlukan.
- Kesan Biokimia Berbuka dengan kurma~ Rasulullah memulakan buka puasanya dengan 3 butir kurma dan segelas air kosong.~ Kurma mengandungi monosakarida, berbeza dengan tepung ataupun nasi yangmengandungi karbohidrat berbentuk polisakarida.~ Dengan mengambil buah kurma, perut tidak menjadi terbeban dengan makanan yang keras-keras.~ Kurma memiliki nilai kalori yang tinggi.~ Kurma bermanfaat bagi otak, meningkatkan aras gula dalam darah secaraperlahan-lahan dan mengurangkan rasa lapar dengan segera.~ Pengosongan kalori secara sendiri juga membuatkan tubuh kita berupaya mengefisienkan penggunaan tenaga yang dimilikinya melalui pembongkaran deposit tenaga yang tersimpan dalam bentuk lemak.
POWER POINT
No comments:
Post a Comment