KEISTIMEWAAN SIRAH RASULULLAH S.A.W.


PENGENALAN



  • Tidak dapat diragukan lagi bahawa sirah Rasulullah merupakan sebuah sirah/sejarah seorang nabi malahan sejarah seorang manusia yang paling hebat sekali . Belum terjadi dimana-mana sejarah kehidupan seorang manusia hebat dimuka bumi ini yang mempunyai sejarah yang cukup terperinci sehingga mampu memberi panduan kepada semua golongan manusia, tanpa mengira usia dan keadaan.
  • Sirah Baginda merupakan sirah yang menenangkan jiwa, menjelaskan pemikiran dan padat dengan sejarah sehinggakan ulama` dan pendakwah menjadikan sirahnya sebagai jalan penyampaian dalam mengajak manusia kearah jalan mengenali dan beribadah kepada Allah S.W.T kerana mereka meyakini dan cukup terbukti bahawa sirah Rasulullah mampu membuka hati-hati yang tertutup daripada hidayah Allah, menjadi modul pembaikan dalam usaha-usaha pembaikan masyarakat dan merupakan kunci kejayaan dakwah .
  • Lima keistimewaan yang terdapat adalah:
  1. Sejarah yang paling tepat dalam sejarah Rasul dan orang agama yang lain.
  2. Sejarah yang paling jelas.
  3. Sirah yang menceritakan Kelayakan Rasulullah S.A.W dijadikan contoh Tauladan.
  4. Sirahnya yang mencakupi semua aspek kemanusiaan.
  5. Sirahnya sendiri menunjukkan bukti hakikat kebenaran kenabiannya dan risalah yang dibawa.


SEJARAH YANG PALING TEPAT DALAM RASUL DAN ORANG AGAMA YANG LAIN
  • Sejarah Rasulullah telah sampai kepada kita dengan cara yang paling tepat dan bertepatan dengan “Hukum Pengambilan Ilmu”.
  • Contoh sejarah nabi-nabi yang lain:
    ~ Sirah Nabi Musa A.S
    ~ Sirah Al-Masih A.S
    ~ Sirah Orang Agama



SEJARAH YANG PALING JELAS
  • Kehidupan Rasulullah S.A.Wpada setiap peringkat hidupnya amat jelassejak perkahwinan bapa Baginda, Abdullah dengan ibu BagindaAminah sehingga Baginda S.A.Wwafat.
  • Sesungguhnya Muhammad SAW adalah seorang individu yang dilahirkan dalam cerahan terangnya matahari”
    Ini menunjukkan bahawa, kejelasan sirah Rasulullah tidak dapat ditandingi oleh Sirah Rasul-rasul sebelum Baginda.




SIRAH YANG MENCERITAKAN KELAYAKAN RASULULLAH S.A.W. DIJADIKAN CONTOH TAULADAN
  • Sirah Rasulullah S.A.W. menceritakan perjalanan hidup seorang manusia yang dimuliakan Allah dengan risalah-Nya.








SIRAH YANG MENCAKUPI SEMUA ASPEK KEMANUSIAAN
  • Sirah Rasulullah S.A.W. meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiliki manusia.
  • Contoh terbaik bagi semua pendakwah, pemimpin, bapa, suami, pecinta kebenaran, guru , ahli politik, pemimpin negara dan lain-lain lagi.



SIRAH SENDIRI MENUNJUKKAN BUKTI HAKIKAT KEBENARAN KENABIANNYA DAN RISALAH YANG DIBAWA
  • Sirah Muhammad S.A.W. adalah satu-satunya sirah yang memberi dalil yang tidak diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda kepada kita. Ia adalah perjalanan hidup seorang manusia kamil.





POWER POINT


No comments:

Post a Comment