KESIMPULAN & PANDANGAN

Apakah kami yang telah belajar daripda tugasan kami ???  ^^

  1. Lam Soon Hong (A138542)

    Melalui tugasan ini, saya telah memahani tentang cara-cara Rasulullah S.A.W melaksanakan amalan kesihatan di rumah untuk menjaga kesihatan beliau. Hidup beliau menjadi inspirasi bagi sifat-sifat mulia pada setiap muslim serta teladan bagi setiap aspek kehidupan.
    Umur setiap orang itu sudah ditetapkan dan kita tidak mengetahui sampai bila batas usia kita. Yang paling, kita tetap berusaha sekuat tenaga bagi memelihara kehidupan dengan sebaik-baiknya, kerana kehidupan ini adalah nikmat, anugerah besar, dan ladang untuk kita mengumpulkan pelaburan-pelaburan terbaik.


  2. Koay Sang Ju (A138494)

    Dengan mengetahui formula penjagaan kesihatan fizikal, mental dan emosi yang diajarkan oleh Rasulullah, saya dapat melihat kebijaksanaan beliau dan betapa pentingnya kesihatan kepada beliau. Oleh itu, kita perlu mengamalkan kehidupan yang sihat demi menjaga kesihatan badan yang terbaik serta dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh. elain itu, saya lebih memahami tentang sebab orang Islam berpuasa dan kesan berpuasa pada kesihatan tubuh manusia.


  3. Ang Choon Ung (A138515)

    Bagi saya, Rasulullah S.A.W bagaikan mutiara yang berkilauan dari sisi mana pun kita memandangnya. Kecemerlangan peribadinya adalah telaga abadi yang tidak pernah habis ditimba. Walaupun beliau ditakdirkan berusia 63 tahun, tetapi hanya pernah jatuh sakit sebanyak dua kali sahaja disebabkan oleh keadaan fizikalnya yang sangat baik!

  4. Pua Swee Ying (A138551)

    Selain perubatan moden, saya juga telah mempelajari alternatif bagaimana menjalani hidup yang sihat, sesuai dengan tuntunan ajaran agama seperti Islam. Rahsia gaya hidup sihat Islami yang diamalkan oleh Rasulullah sepanjang kehidupan adalah begitu ajaib kepada saya. Saya amat kagum kepada kebijaksanaan beliau dalam penjagaan kesihatan dan juga peningkatan daya tahan tubuh supaya tidak berpenyakit.


  5. Chen Chie Phui (A138564)

    Saya telah mempelajari banyak tip-tip sihat yang mudah dan murah mengikut sunah Rasulullah terutamanya kriteria makanan sihat serta bermanfaat mengikut Quran dan sunah Rasulullah. Setiap individu mampu mempraktikkan panduan dan kaedah ini dengan mudah. Melaui tugasan ini, saya juga dapat memahami secara terperinci tentang komponen pemeliharaan dan pemuliharaan kesihatan tubuh badan.


  6. Tan Yih Fen (A138578)

    Kesihatan adalah nikmat sembunyi, bagaikan mahkota di atas kepala orang sihat dan hanya dapat dilihat oleh orang sakit. Pada pandangan saya, ini dapat dicapai melalui pemakanan yang sihat, penjagaan rohani yang berkesan dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam melaui Quran dan hadis Rasulullah. Ajaran Islam menuntut gaya hidup yang sihat. Kepentingan kesihatan ini jelas kelihatan apabila setiap Muslim menjadi sebahagian daripada doa dan permintaan seharian dalam solatnya.

No comments:

Post a Comment