KONSEP KESIHATAN



  • Menurut definisi yang dirumuskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan adalah,

    "A state of complete physical, mental and social well-being and not merely the absence of disease or infirmity.",

    iaitu keadaan sejahtera fizikal, mental dan sosial dan bukannya semata-mata ketiadaan kecacatan ataupun penyakit.


  • Kesihatan adalah keadaan keseimbangan yang dinamik. Kesihatan dipengaruhi faktor genetik, persekitaran dan pola hidup seharian seperti makan, minum, seks, kerja, istirahat sehingga aspek pengurusan emosi.
  • Secara umumnya, tubuh yang sihat adalah keadaan yang seimbang.
  • Terdapat sistem memelihara keseimbangan seluruh sistem organ dalam badan kita yang dalam bahasa perubatan dengan istilah homeostasis.
  • Mekanisme hemeostasis dalam diri manusia memerlukan: pernafasan yang terpelihara, peredaran darah yang baik, penghasilan tenaga yang mencukupi, kemampuan imun yang optimum, penyingkiran toksin daripada badan, keseimbangan fikiran, pemenuhan keperluan psikologi dan spiritual.
  • Tuhan menjelaskan mengenai keseimbangan ini dalam ayat Quran dan mengajak manusia melakukan pemerhatian yang berulang-ulang sehingga menemui keharmonian yang dimaksudkan itu.
  • "Allah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah yang maha pemurah itu sesuatu yang tidak seimbang. Oleh itu ulangilah pandanganmu dapatkan engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali. Nescaya pandanganmu itu berbalik kepadamu dengan hampa, sedang berkeadaan lemah lesu."
                                                                                                                              Surah al-Mulk, ayat 3-4

    Islam selalu mengajar mengenai konsep keseimbangan ini dalam segala aspek kehidupan.


  • Quran ada menyebutkan mengenai aspek takwa dan tawakal, jihad dan sabar, iaitu keseimbangan harmoni antara faktor offensive dan defensive.














POWER POINT


No comments:

Post a Comment