- Prof. Dr. Quraish Shihab berkata, “Sifat” dan “Afiat” adalah dua isitilah yang berkaitan dengan kesihatan.
- Merujuk kepada Kamus Bahasa Arab, “Afiat” bererti:
perlindungan Allah bagi hambanya daripada segala bencana dan tipu daya. - Fungsi anggota tubuh manusia yang
sesuai dengan tujuan penciptaannya.
- Surah an-Nahl, ayat 18:“Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah kamu dapat menghitungnya,
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
- Surah al-Maidah, ayat 32:
“Sesiapa yang menjaga kehidupan manusia, seolah-olah dia sudah menjaga kehidupan manusia semuanya.” - Dalam hadis, Rasulullah menceritakan mengenai dua nikmat yang besar kepada manusia:
- Nikmat Iman
- Nikmat kesihatan
- “ Manusia tidak diberi yang baik di dunia daripada keyakinan dan kesihatan, oleh itu mohonlah keduanya kepada Allah.”
- "Iman" merupakan
- Jaminan bagi kita mendapatkan keselamatan dalam menempuh hidup ini terutamanya bagi “kehidupan selepas mati".
- Mampu memgarah pandangan kita supaya jangan terbatas kepada pengalaman dunia semata-mata.
- "Kesihatan" merupakan asas bagi meraih kesejahteraan hidup di dunia ini.
- Kepentingan kesihatan ini jelas kelihatan apabila setiap
Muslim menjadi sebahagian daripada doa dan permintaan seharian dalam solatnya:
“Ya Tuhanku ampuni aku, kasihi aku, cukupkan aku, berikan aku rezeki, beri aku petunjuk dan kesihatan.” - Rasulullah pernah berkata:“Kenikmatan pertama yang perlu dipertanggungjawadkan oleh hamba Allah pada Hari Kiamat adalah berupa pertanyaan, ‘Bukankah Kami menyihatkan tubuh kamu dan Kami hilangkan dahaga kamu dengan air yang dingin?’,
Rasulullah menyambung, ‘Tidak seorang pun diizinkan bergerak daripada kedudukannya di Hari Kiamat sehingga dia menjawab bagaimana dia menghabiskan hidupnya, bagaimana dia menggunakan pengetahuannya, dari mana dia memperoleh dan ke mana dia membelanjakan hartanya dan bagaimana dia menggunakan kesihatannya.”
- Kata Soraya Susan Behbehani:“Tubuh kita perlu dipelihara kerana tubuh ini cangkerang kehidupan dan terdapat jiwa yang berada di dalamnya, seperti kerang yang mengandungi mutiara yang sedang tumbuh, tanpa kerang tidak ada mutiara.”
- Pemeliharaan kesihatan dalam Islam terletak pada kehidupan yang bersih, aktif, tenang, sederhana, adil, seimbang dan alami.
- Surah al-Baqarah, ayat 286:
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” - Perintah-perintah Allah dalam ibadah semuanya menjaga keseimbangan keperluan material dan spiritual orang Islam.
- Falsafah dan sistem yang tidak selaras dengan penciptaan manusia selalu mengarah pada penderitaan dan ketidakbahagiaan.
POWER POINT
No comments:
Post a Comment