Friday, 10 May 2013

TENTANG TUGASAN...

Kami merupakan Kumpulan 6. Oleh itu, tajuk tugasan kami ialah Amalan kesihatan di rumah berdasarkan sirah Rasulullah S.A.W. Berdasarkan jadual, kami perlu membuat pembentangan pada minggu ke-12.

Untuk memulakan tugasan, kami telah membuat perbincangan untuk menyenaraikan 10 sub-topik dan pembahagian tugas. Selepas itu, laporan perbincangan dihasilkan dan hantar kepada Dr. Abdul Salam bin Hj Yussof melalui emel.




Malangnya, kami mendapati bahawa kesilapan telah berlaku dalam menyenaraikan sub-topik tugasan kami. Senarai sub-topik yang telah dibuat sebelum itu tidak bersesuaian dengan tajuk tugasan kami. Oleh itu, kami membuat perbincangan lagi untuk menyelesaikan masalah ini. Akhirnya, senarai yang baru telah dibuat, iaitu:

  1. Biodata ringkas Rasulullah S.A.W
  2. Keistimewaan sirah Rasulullah S.A.W
  3. Konsep kesihatan
  4. Kesihatan dalam perspektif Islam
  5. Kebersihan
  6. Pemakanan sihat›
  7. Jiwa yang sihat
  8. Tidur
  9. Solat
  10. Puasa

Selepas selesai pembahagian tugas, kami mula mencari maklumat dengan bantuan internet dan buku. Kadang-kala, kami juga bertanya kepada rakan-rakan yang beragama Islam untuk mendapat idea dan pandangan mereka.


Melalui tugasan ini, kami telah bekerjasama untuk menyiapkan tugasan dan menyelesaikan masalah. Selain itu, kami juga telah belajar banyak dan lebih memahami tentang tamadun Islam terutamanya amalan kesihatan. Akhirnya, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Abdul Salam bin Hj Yussof atas nasihat beliau pada tugasan kami.

No comments:

Post a Comment