Wednesday, 15 May 2013

SELAMAT DATANG



Selamat datang kepada rakan-rakan yang melawat blog kami. Blog ini dibuka untuk berbincang tentang tajuk tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Set 3 yang diberikan kepada kami, iaitu:


Amalan Kesihatan di Rumah Berdasarkan Sirah Rasalullah S.A.W

Tuesday, 14 May 2013

SINOPSIS KURSUS



Tamadun Islam dan Tamadun Asia merupakan satu kursus yang memperkatakan tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun Melayu, China dan India, Islam dalam Tamadun Melayu serta peranannya dalam pembinaan Tamadun Malaysia, Islam dalam Tamadun Melayu, isu-isu kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan proses pembangunan negara.

Di akhir kursus ini diharapkan para pelajar
  • Berupaya memperolehi pemahaman yang komprehensif mengenai sejarah, prinsip, nilai dan aspek utama pengajian ketamadunan Malaysia, membina satu generasi muda Malaysia yang berpengetahuan dan peka mengenai isu-isu ketamadunan dan peradaban.
  • Memperkukuhkan jati diri bangsa Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum yang mengamalkan kehidupan yang bertoleransi dan harmoni.

Monday, 13 May 2013

PENSYARAH


Dalam kursus ini, Dr. Abdul Salam bin Hj Yussof merupakan sebagai penyarah yang mengajar kami tentang pengetahuan TITAS. Melaui pengajaran beliau yang menarik dan sikap beliau yang peramah, kami telah mendapat banyak ilmu yang baru daripada beliau. Kami amat menghargai jasa beliau dalam menyumbangkan masa dan tenaga untuk pembelajaran kami.

Sunday, 12 May 2013

PEMBERIAN TUGASAN

Untuk menarik minat belajar, Dr. Abdul Salam bin Hj Yussof telah mengarahkan kami supaya dibahagikan kepada setiap kumpulan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 6 ahli dan tajuk tugasan akan diberikan kepada kumpulan. Perbincangan kumpulan perlu diadakan untuk senaraikan 10 sub-tajuk dan pembahagian tugas. Selepas itu, tugasan yang telah disiapkan perlu diuploadkan ke dalam satu blog percuma dibentuk oleh kumpulan. Pada minggu yang tertentu, kumpulan itu perlu membuat pembentangan dengan menggunakan Power Point dan blog.

KUMPULAN


Selepas perbincangan, kami telah menjadi satu kumpulan yang terdiri daripada 
  • Lam Soon Hong (Ketua kumpulan)
  • Koay Sang Ju
  • Ang Choon Ung
  • Pua Swee Ying
  • Chen Chie Phui
  • Tan Yih Fen

Saturday, 11 May 2013

TAJUK-TAJUK TUGASAN


Tajuk-tajuk tugasan yang disenaraikan oleh Dr. Abdul Salam bin Hj Yussof adalah :
  1.  Penjelasan asal usul manusia perspektif pelbagai agama
  2. Kebijaksanaan Nabi Muhamad S.A.W dalam sejarah tamadun Islam
  3. Mengenali hiburan dalam Islam
  4. Memahami makanan halal dan haram dalam tamadun Islam
  5. Memahami syurga dan neraka dalam tamadun Islam
  6. Amalan kesihatan di rumah berdasarkan sirah Rasulullah S.A.W
  7. Rezeki dan kekayaan dalam Islam
  8. Keistimewaan tanah suci Makkah dan Madinah dalam tamadun Islam
  9. Agenda Yahudi menakluk dunia
  10. Memahami sihir penghalang perkahwinan dan mengatasinya
  11. Panduan cara cepat dapat zuriat bagi pasangan muda
  12. Keunikan tarian singa dalam kebudayaan dan potensi masa depan

Friday, 10 May 2013

TENTANG TUGASAN...

Kami merupakan Kumpulan 6. Oleh itu, tajuk tugasan kami ialah Amalan kesihatan di rumah berdasarkan sirah Rasulullah S.A.W. Berdasarkan jadual, kami perlu membuat pembentangan pada minggu ke-12.

Untuk memulakan tugasan, kami telah membuat perbincangan untuk menyenaraikan 10 sub-topik dan pembahagian tugas. Selepas itu, laporan perbincangan dihasilkan dan hantar kepada Dr. Abdul Salam bin Hj Yussof melalui emel.




Malangnya, kami mendapati bahawa kesilapan telah berlaku dalam menyenaraikan sub-topik tugasan kami. Senarai sub-topik yang telah dibuat sebelum itu tidak bersesuaian dengan tajuk tugasan kami. Oleh itu, kami membuat perbincangan lagi untuk menyelesaikan masalah ini. Akhirnya, senarai yang baru telah dibuat, iaitu:

  1. Biodata ringkas Rasulullah S.A.W
  2. Keistimewaan sirah Rasulullah S.A.W
  3. Konsep kesihatan
  4. Kesihatan dalam perspektif Islam
  5. Kebersihan
  6. Pemakanan sihat›
  7. Jiwa yang sihat
  8. Tidur
  9. Solat
  10. Puasa

Selepas selesai pembahagian tugas, kami mula mencari maklumat dengan bantuan internet dan buku. Kadang-kala, kami juga bertanya kepada rakan-rakan yang beragama Islam untuk mendapat idea dan pandangan mereka.


Melalui tugasan ini, kami telah bekerjasama untuk menyiapkan tugasan dan menyelesaikan masalah. Selain itu, kami juga telah belajar banyak dan lebih memahami tentang tamadun Islam terutamanya amalan kesihatan. Akhirnya, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Abdul Salam bin Hj Yussof atas nasihat beliau pada tugasan kami.